Neapolitan Ice Cream
SKINCARE JOURNEY AND REVIEW 2018
Posted on @27 Julai, 2018 with 0 cream.s
Assalamualaikum , disebabkan ramai gak member dok tanya mcm mana boleh cure balik muka since zaman sekolah sampai lani baru elok. Okay actually aku ni dulu mangsa geng2 product timbang kilo atau orang kata sampah lah singkatnya. Hang sebut la product timbang kilo apa aku tau tapi tak semua aku pernah try. Dulu first sekali aku pernah pakai hampa tau dak yang Thailand punya tu hat Collagen Vit E ? haaa aku pakai hattu dulu. Lepastu dah lama pakai mmg peloles teruk weh sumpah. tapi , fortunately aku pakai tak naik apa2. Yang kedua aku pakai Nour Ain Beauty hatni geng2 Dnars, Tati la ni. Local Skincare paling sampah aku pernah pakai. Pakai Nour Ain ni serious semua jerawat hilang weh. Dah lama2 aku stop sbb tak mampu nak beli mahal wehhh set ni harga firaun. dah la sampah mahal plak tu and then waktu ni zaman aku sekolah lagi, mmg broke af laa nak beli apa pun depends pada duit mak pak. lani , kumpul duit sendiri beli. kalau ada luck mak belaja hahaha. okay gambaq bawah ni kesan aku pakai geng2 local product ni.






Okay let make it short alright gais. Yang ni after effect dia mmg nak nangis weh tiap2 malam. sakit dia ya amat. Aku rasa nak saman ja puak2 founder sampah ni tapi nak buat mcm mana benda dah jadi kan gais. so elakkan lah pakai product hat juai tepi2 jalan tu and back to basic drugstore mcm Watsons and Guardian. Okay untuk recover semua ni. I took about 2 years nak elok balik , serious susah gila nak baik semula. but things got easier bila kita searching for cure right ? masa first masa university back in 2016 aku punya muka still teruk sbb waktu tu aku mmg taktau langsung cure cemana and back then I just used cleanser and toner which is Nivea. So kulit waktu tu reduced sikit2 jelah.

So aku try cari basic skincare from famous tweet handle macam kak @ImanAbdRahim and others yang helps to build strong basic skincare. aku start basic skincare ni February tahun ni sampai skrg is the same things aku pakai.

1. Oil Cleanser
This one masa mula2 aku nak build skincare routine sumpah rasa doubting gila benda ni function ke tak kat aku sbb macam....kulit aku dah berminyak why I need to use oil cleanser pulak ? Tapi aku rasa this one lah sebenarnya yang tolong bersihkan pori daripada minyak and ya Allah gais bersyukur sebab dapat tau oil cleanser elok utk bersihkan kulit. aku pakai oil cleanser Biore. beli kat watsons harga dia around RM21.90 mcmtu. kalau ada sale ni best beli, kadang2 RM15 pun boleh dpt.

2. Cleanser
Aku pakai cleanser The Face Shop which is the Herb Day 365 ( Mung Beans ) daripada tahun lepas sampai awal bulan 5 macam tu and aku tukar ke Hada Labo AHA BHA oil control baru2 ni awal bulan 6 sbb muka aku dah okay , main reason aku tukaq sbb kulit aku even jerawat dah kurang yet still I need some exfoliation so aku try yang ni, setakat ni it works wonder utk my skin and I'm okay with that scent yg baru dia mcm telur ? hahaha.


3. Toner
So , dulu aku pernah dapat sample from Hada Labo. Hampa tau kan baru2 ni viral yg HL premium hydrating lotion tu beauty guru suka dok pakai ? but gais I'm not choosing that sbb aku tertarik lagi HL premium whitening. sebabnya dia boleh whiten the dark spot. aku ada dark spot sikit and banyak acne scar yang merah2 berbanding dark one. tp it's really effective guys in vanished those. HL ni range harga dia around RM56 mcm tu kalau ada sale okay la kalau takde tunggu jelah and berjimat la eh sbb student lagi kan. oh fyi aku tak pakai moisturiser sbb kulit aku agak sensitive dgn moisturiser I even tried the one yg treat acne bla2 but end up kulit makin berminyak. so I picked this up sbb while its fight dark spot , dia provide intense hydration jugak ! so aku malas , aku skip moisturiser hahaha.


4. Sunscreen
Currently aku pakai sunscreen 3W Clinic from Korea. this baby boleh dapat dekat Hermo and nak murah lagi dekat Shopee ada. I bought this baby around RM23 kot , tak silap lah. This sunscreen sangatlah best gais. Texture dia cream but srsly so light on skin and lepas pakai dia kena massage sikit utk absorb into skin. bila dah absorb dia mcm semi-matte i guess sbb rasa mcm selesa gila dah lah murah , 70 ml lagi weh. pi laa beli hahaha.


5. CC cream Pure Beauty
Hatni bukanlah part of skincare but I used it whenever aku keluaq rumah sbb this baby ya Allah sangat2 lah best. Cream dia mcm fluffy and absorb into skin so perfectly. this one actually good for people yang suka nmpk muka tu dewy gitu tapi aku beli sbb dia dpt reduce some redness dkt muka aku especially scar yg merah2 tu. Sangat best gais, hampa pi la beli lani sbb depa tgh ada 50% of drpd harga dia RM47 to RM18.80 ja okkkk!!!


jadi gais.........this is my latest skincare and muka lani. I just hope to step up this skincare routine utk buang rough skin di sebabkan I got sooooooo many flakes around my forehead and sikit dkt area dagu. Ingat nak try acids but I just too afraid tau dak gais. hahahaha okay so that's it for now. kalau nak tanya apa2 you can DM me at twitter @athirahahmd_


This picture was taken 4 days ago, while wearing CC cream Pure Beauty and loose powder.







Layout by chocolettha. Post title from owlala. Colors & Image neapolitan ice cream & 1950's Argyle.
PURE BEAUTY Illuminating Urban Shield Sun Protector
Posted on @ with 0 cream.s
Assalamulaikum semua , sebenarnya I lah nak update blog ni sebab nampak sangat lama tak guna. so hari ni rasa macam nak review sikit lah beauty and skincare product dekat korang as I really love this brand since my mom introduced it to me. So macam kita tau , sunscreen is so important as this is one of the basic skincare. so baru2 ni pure beauty ada keluarkan Illuminating Urban Shield Sun Protector which is dia ada SPF 50 PA ++++ , apa yang buat I tertarik nak beli this one sbbnya dia ada 4P's concept which is :
 1. PREPARES 
 2. PRESERVES
 3. PROTECTS
 4. PREVENTS 

I beli sbb dia ada ceramide , willow bark extracts that will enhance healthy skin which I have an oily and acne prone skin that need a moisturizing effect yet protect my skin. so , I paling suka the neurolight and EPS white which is they claim to reduce dark spots gais! okay I have tried this one , it is light cream and mattifying bila pakai dkt muka which I have fallen for this one girl. cuma satu jelah bau dia agak wangi which is disebabkan perfume. so siapa2 yang allergic perfurme/ tak suka bau wangi , tapi bau dia boleh tahan lah tak sewangi product kilo kot ? hahahaha. Pure Beauty ni actually dah lama dekat Watsons cuma tu laa baru nak try. Made in Korea gitu kan.

I buy this one for RM39.90 at Watsons tak silap harga ni promo sbbnya dia baru release and come on gais , pi laaa beli kaih sbb depa dok buat sale ni. satgi kami review BB and CC cream dia pulak noh.
haaa satu lagi gais , kalau hampa tak tgk ingredients dia boleh refer sini
yaa :
 http://www.cosdna.com/eng/cosmetic_5cfe366361.html



Layout by chocolettha. Post title from owlala. Colors & Image neapolitan ice cream & 1950's Argyle.
SKINCARE EXPERIENCE
Posted on @27 Januari, 2016 with 0 cream.s
Assalamualaikum , Annyeong~ hahaha okay macam lawak ja. post kali ni aku nak review sikit pasal skincare baru aku try , fyi aku ada kulit yang super sensitive sejak aku salah pakai product local tahun lepas. aku pernah try collagen soap yang warna pink tu dengan krim malam and petang dia , it's super effective tp sejak aku stop , kulit aku jadi teruk sikit la , aku stop sebab aku malas nak pakai , tapi tahun ni aku baru dapat tau yang krim malam dia ada mercury , no wonder la kulit aku a little bit teruk. aku rasa takat lepas pakai produk tu tak teruk lagi sampai satu tahap ni aku rasa teruk is a year lepas tu , 2015. lepas aku ada tournament bola tampar , aku mula sunburn sebab tak pakai sunblock , tak cuci muka lepas latihan , ah malas sangat ah aku cakap waktu tu sebab semua benda aku nak cepat.  a week lepas tu aku start naik breakouts , maybe sebab muka banyak minyak sangat kot. jadi sepanjang 2015 tu kulit aku teruk sangat kott , tak tipu.dah la nak SPM lagi stress aku fikir study semua. so kalau kira sepanjang tahun tu aku tukar skincare 4,5 kali gak sbb nak recover balik jerawat tu semua. and maybe muka aku jadi lagi teruk sbb aku suka pop out all those pimple away. hahaha

product list yang aku pernah try 2014 , 2015 is first aku pakai hada labo whitening apa tah yang warna label kuning tu , works better dengan aku. lepastu aku tukaq pakai yg collagen soap tu sebab orang bagi free je , saja lah try and works so good tapi bahaya utk kulit sebab krim dia ada mercury , pastu aku try safi balqis triology tu bajet produk local cam okay dengan aku tapi jerawat pasir bertapak dekat dahi banyak nak mampoih and last 2014 aku pakai hada labo balik tapi AHA , BHA punya version and it doesn't works better for me maybe sebab effect product sebelum tu. 2015 aku go on jugak dengan Hada Labo AHA BHA tu and aku rasa dah okay , tapi sebab breakout waktu bola tampar tu aku try Neutrogena kot yang ni okay , tapi masalahnya it's too mild for my face and aku tak berapa suka textures dia , besides dia takdak jual dekat kedai local kecuali drug store. and then aku beli pulak local product named as sabun serbuk kayu manis , aku ingat okay pakai tapi sama je ah dengan produk lain so aku stop and give it to my friends sebab dia suka sabun aku hahaha bengong, pastu yang paling bagus product aku pakai is cosmoderm tea tree punya , works better gila like semua jerawat aku kecut kott , aku stop produk ni jugak satu ja sebab dia , takdak jual dekat kedai local semua ada dekat drug store itu pun kalau nasib la sebab produk ni famous gila cepat habis !! and last produk aku try sampai awal tahun ni is Nour Ain , produk ni gila best nak mati ah aku cakap , hampir semua parut jerawat hilang ah , jerawat pun dah tak berapa ada , mmg baguih gila serious , tapi ! aku berhenti jugak pakai produk ni sebab satu ja sebab,  aku paling takut nak try local produk dah sekarang lepas aku tengok bpfk cakap banyak local produk ada bahan terlarang such as mercury , hemodione kot tak silap aku. baru-baru ni kes Dnars tu ada mercury lakk , perghh lagi aku takut ah nak try local produk huhuhu. tapi sabun nour ain aku still rasa cam nak pakai lagi kecuali krim-krim dia la sebab takut benda sama jadi.

and sebab aku berhenti nour ain ni , kulit aku slowly at peak to grow some breakout lagi tapi aku buat tak kisah ja sebab benda tu dh normal jadi dekat aku. sekarang aku try pakai St.Ives sebab semua review yang aku baca cakap okay , and mmg okay pun ! aku paling in love dengan apricot scrub dia , the best in town ah aku cakap ! even mahal sikit la berbanding local produk cam safi balqis apa semua tu tapi aku rasa affordable la sebab scrub around RM21.90 , cleanser RM16.90 centu ja okay la sebab kalau pakai dua ni ja RM40 centu ja no cream or anything mmg selamat. aku yakin skit ah pakai skincare yang dekat drug store / supermarket berbanding beli local product dekat kedai jamu, serious caya lah cakap aku semua skincare local yang jual dekat kedai jamu tu kebanyakkannya rebranding je , means that produk thailand / Indonesia diorg bawak keluar bahan tu semua and letak dalam bekas baru under brand diorang , centu je ! diorang takdenya nak uji apa semua tu. kalau orang yang ada acne prone / combination skin macam aku korang cuba try produk yang non-comodogenic , yang jenis gentle cleanse , atau yang nk recover kulit teruk balik try pakai cetaphil , hari tu ada nak cari yang tu tapi dah terbeli st.ives cleanser ! tapi tak sangka okay hihi. Lagi satu , yang geng jenis makeup macam aku ni korang jangan la lupa bersih makeup tu semua pakai air khas utk remove makeup tu , aku paling recommended Silky Girl punya makeup remover bottle hijau yang utk sensitive skin tu , dia punya makeup remover textures dia cam lotion sikit and mmg wangi ,cuci biar bersih lepastu gently clean your face k ? satu je nak pesan kalau pakai apa-apa skincare jangan expect nak kesan cepat apa semua , apa pun kena banyak sabar and consistent sebab kebanyakkan produk yang effect cepat nak mampos ni produk yang bahaya. pastikan produk yg korang beli tu dermatologically tested sebab produk ceni bagi aku mmg selamat ah kalau nak guna. okay GOOD LUCK gais ! :)

dekat bawah ni ada several youtube video yang korang boleh tengok utk tips cuci muka ,nak rawat scar jerawat. aku pun tengah amalkan and harap skincare skrg dapat recover balik kulit aku supaya bersih macam dulu , In Shaa Allah !

https://www.youtube.com/watch?v=hfuMLfVK9fU
https://www.youtube.com/watch?v=pjVqSgshT6Q
https://www.youtube.com/watch?v=tySk4Yf7VE8
https://www.youtube.com/watch?v=dFhtLmGDzOI
https://www.youtube.com/watch?v=2h3rXfRJdC8


Layout by chocolettha. Post title from owlala. Colors & Image neapolitan ice cream & 1950's Argyle.
<>